Akhir Hayat untuk App Solat Tarawih & Raya

Assalamualaikum kepada pengguna yang dihormati,

Berkuat kuasa 29 Mac 2022, app Solat Tarawih & Raya telah ditamatkan hayat  dan ia digantikan dengan  apl baharu, yang dipanggil Ramadhan Pro .

Ini bermakna anda tidak lagi akan menerima sebarang kemas kini baharu untuk apl lama dan kami meminta semua pengguna untuk menyahpasang apl lama dan memasang apl baru.

Get it on Google Play

APA YANG BARU DALAM RAMADHAN PRO?

Aplikasi Ramadhan Pro  mengandungi panduan lengkap ibadah sepanjang Ramadhan termasuklah: 

  • Puasa, niat, doa berbuka puasa, pengenalan puasa seperti takrif, pensyariatan, hari-hari wajib/sunat/haram/makruh puasa, syarat-syarat wajib dan sah puasa, perkara yang membatalkan puasa, rukhsah berbuka puasa serta amalan sunnat ketika puasa
  • Zikir pagi, tengahari dan petang untuk bulan Ramadhan
  • Zakat fitrah untuk setiap negeri di Malaysia
  • Panduan Solat Tarawih 8 dan 20 rakaat, Witir dan Tahlil
  • Panduan Solat Raya, Pensyariatan Solat Raya, Amalan & Adab menyambut hari Raya
  • Khutbah Raya
  • Takbir Raya

Ciri-ciri  baru:

  • Sokongan untuk Android 5.0 Lolipop (API 21) sehingga Android 12 Snow Cone  (API 32) yang terkini
  • Penambahbaikan Antara Muka Pengguna (UI)
  • Sokongan untuk Dark Mode
  • Kemudahan navigasi halaman. Butang seterusnya dan sebelumnya telah dialih keluar dan digantikan dengan ciri leret
  • Keupayaan untuk  menghidupkan & mematikan terjemahan & transliterasi  pada setiap teks Arab, doa atau ayat al-Quran 
  • Tulis Arab yang jelas

Memandangkan kami membangun sendiri app ini dengan 100%, kami memiliki fleksibiliti yang lebih untuk menaiktaraf serta mengenalkan fungsi baru untuk apl Ramadhan Pro pada masa hadapan. 

Get it on Google Play

LATAR BELAKANG APP SOLAT TARAWIH & RAYA

Muat Turun & Pengguna yang Memasang App

Sejak aplikasi Solat Tarawih & Raya dilancarkan pada 14 May 2020, ia mempunyai jumlah muat turun sebanyak 2.5k dan pada masa ini kami mempunyai 574 pengguna aktif dalam tempoh 30 hari yang lalu.

Pengguna mengikut Negara

Majoriti pengguna apl Solat Tarawih & Raya berasal dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei.

Kadar Penukaran Penyenaraian Gedung

Pada May 2020 app ini bermula dengan mengandungi konten tentang Solat Raya dan pada tahun 2021 kami telah menambah tatacara Solat Tarawih. Kebiasaanya pengguna akan memasang app ni pada bulan puasa dan menjelang Hari Raya.  

Pada Syawal 1442 H (2021) kami pernah mendapat jumlah install hampir 1k dalam satu malam sahaja kerana pengguna-pengguna semua mencari panduan Solat Hari Raya untuk membantu mereka ulang kaji tentang Solat Raya untuk Aildiftri. Tidak kurang juga jumlah install ketika Hari Raya Aidiladha. 

KENAPA ANDA PERLU MEMASANG APL BAHARU?

Kami tidak dapat mengemas kini apl Panduan Solat Jemaah sedia ada kerana apl sedia ada menggunakan tandatangan Andromo dan Google Play hanya akan mengenali apl yang ditandatangani oleh Andromo untuk kemas kini baharu. 

Memandangkan kami telah berhenti menggunakan Andromo, maka kami tidak lagi boleh menggunakan tandatangan Andromo. Itulah sebabnya kami perlu menggunakan apl baharu yang menggunakan tandatangan kami sendiri. Itulah sebabnya kami memerlukan anda memasang apl baharu supaya anda boleh terus mendapat kemaskini terbaru pada masa hadapan.

Get it on Google Play

APA YANG ANDA PERLU BUAT?

1. Cari aplikasi Solat Tarawih & Raya sedia ada dalam telefon anda.

2. Tekan lama pada ikon Solat Raya & Tarawih, klik Uninstall/Nyahpasang 

3. Klik butang di bawah untuk memasang apl baharu Ramadhan Pro di Google Play

Get it on Google Play

  • Apl lama hanya menyokong sehingga Android 10 Quince Tart (API 29)
  • Tiada lagi kemas kini yang dilakukan untuk apl lama berkuat kuasa pada 30 Mac 2022.
  • Apl lama telah dialih keluar daripada Google Play dan anda tidak akan dapat memuat turun versi lama pada peranti baharu lagi
  • App yang kami bangunkan mengandungi iklan untuk menampung kos penyelenggaran.  Jika anda mahu menyimpan apl lama, itu bermakna anda tidak membantu dalam kami mengurangkan kos penyelenggaraan. Secara tidak langsung  kami mungkin tidak dapat memberikan apl kami PERCUMA lagi

Oleh itu, bantulah kami seperti mana kami telah membantu anda untuk mendapatkan bahan rujukan percuma melalui app kami

About the Author

Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *