Assalamualaikum kepada pengguna yang dihormati,
Berkuat kuasa 13 Mac 2022, apl Panduan Solat Jemaah telah ditamatkan hayat dan ia digantikan dengan apl baharu, yang dipanggil Solat Jemaah 2022 .
Ini bermakna anda tidak lagi akan menerima sebarang kemas kini baharu untuk apl lama dan kami meminta semua pengguna untuk menyahpasang apl lama dan memasang apl Solat Jemaah 2022 baharu.
APA YANG BARU DALAM SOLAT JEMAAH 2022?
Aplikasi Solat Jemaah 2022 baharu menyediakan:
- Sokongan untuk Android 5.0 Lolipop (API 21) sehingga Android 12 Snow Cone (API 32) yang terkini
- Penambahbaikan Antara Muka Pengguna (UI)
- Kemudahan navigasi halaman. Butang seterusnya dan sebelumnya telah dialih keluar dan digantikan dengan ciri leret
- Keupayaan untuk menghidupkan & mematikan terjemahan & transliterasi pada setiap teks Arab, doa atau ayat al-Quran
Memandangkan kami membangun sendiri app ini dengan 100%, kami memiliki fleksibiliti yang lebih untuk menaiktaraf serta mengenalkan fungsi baru untuk apl Solat Istikharah pada masa hadapan.
Pengguna mengikut Negara
Majoriti pengguna apl Panduan Solat Jemaah berasal dari Malaysia dan Indonesia, Singapura dan Brunei.
Kadar Penukaran Penyenaraian Gedung
Apl Panduan Solat Jemaah sedia ada mempunyai kadar penukaran penyenaraian gedung yang tinggi sebanyak 43% yang melebihi kadar median app yang setara sebanyak 18%.
Ini bermakna hampir setiap 1 daripada 2 pengguna yang mencari tentang Solat Jemaah di Google Play memilih untuk memuat turun apl kami dan bukannya apl lain. Itu menyumbang kepada Kedudukan Nombor 1 kami yang konsisten dalam hasil carian untuk Solat Jemaah.
Kit Pembangunan Perisian (SDK) Digunakan
Apl ini pada mulanya dikodkan dalam HTML, CSS & Javascript dan kemudian dibina menggunakan pembangun aplikasi Andromo yang berkos agak tinggi serta langganannya perlu dibaharui setiap tahun.
Sebelum ini Andromo V2 hanya menyokong Android. Walau bagaimanapun, sejak pertengahan 2021, Andromo telah berhijrah kepada pembina aplikasi baharu yang dipanggil V3 yang berasaskan Flutter.
Flutter ialah SDK merentas platform yang membolehkan pembangun hanya kod sekali sahaja dan dia boleh digunakan untuk Android dan iOS. Ini bermakna, masa serta kos untuk membangunkan 2 app dapat dikurangkan. Akan tetapi untuk menikmati manfaat pembina V3 baharu, kami perlu membina semula apl Solat Dhuha sedia ada dalam pembina V3 baharu.
Selepas memberi banyak pertimbangan, kami memutuskan bahawa:
- Langganan Andromo tidak akan diperbaharui kerana ia memerlukan komitmen langganan seumur hidup walaupun kami tidak mengemas kini apl
- Kami ingin memastikan apl ini percuma oleh itu kami perlu memastikan kos penyelenggaraan kekal rendah.
- Kami mahukan fleksibiliti yang lebih besar untuk membina apl dengan sendirinya dan keupayaan untuk menambah lebih banyak ciri pada apl ini
Anda tidak perlu risau kerana kami telah melancarkan applikasi baharu , yang dipanggil Solat Jemaah 2022 dan dengan bangganya kami telah membangunkan apl ini menggunakan Flutter & membinanya 100% dengan sendiri.
KENAPA ANDA PERLU MEMASANG APL BAHARU?
Kami tidak dapat mengemas kini apl Panduan Solat Jemaah sedia ada kerana apl sedia ada menggunakan tandatangan Andromo dan Google Play hanya akan mengenali apl yang ditandatangani oleh Andromo untuk kemas kini baharu.
Memandangkan kami telah berhenti menggunakan Andromo, maka kami tidak lagi boleh menggunakan tandatangan Andromo. Itulah sebabnya kami perlu menggunakan apl baharu yang menggunakan tandatangan kami sendiri. Itulah sebabnya kami memerlukan anda memasang apl baharu supaya anda boleh terus mendapat kemaskini terbaru pada masa hadapan.
APA YANG ANDA PERLU BUAT?
1. Cari aplikasi Panduan Solat Jemaah sedia ada dalam telefon anda.
2. Tekan lama pada ikon Panduan Solat Jemaah, klik Uninstall/Nyahpasang
- Apl lama hanya menyokong sehingga Android 10 Quince Tart (API 29)
- Tiada lagi kemas kini yang dilakukan untuk apl lama berkuat kuasa pada 6 Mac 2022
- Apl lama telah dialih keluar daripada Google Play dan anda tidak akan dapat memuat turun versi lama pada peranti baharu lagi
- App Solat Dhuha mengandungi iklan untuk menampung kos penyelenggaran. Jika anda mahu menyimpan apl lama, itu bermakna anda tidak membantu dalam kami mengurangkan kos penyelenggaraan. Secara tidak langsung kami mungkin tidak dapat memberikan apl kami PERCUMA lagi
Oleh itu, bantulah kami seperti mana kami telah membantu anda untuk mendapatkan bahan rujukan percuma melalui app kami







